Wednesday, April 14, 2010

IKHTIAR HIDUP/SURVIVAL

KEMAHIRAN IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL)

PENGENALAN

Survival adalah teknik menyelamatkan diri dari dalam keadaan kritis/ darurat dalam suatau perjalanan atau pengembaraan. Survival berasal dari kata survive yang artinya berhasil/mampu mempertahankan diri dari suatu keadaan tertentu. Dalam hal ini mempertahankan dari keadaan buruk atau kritis. Orang atau kelompok yang melakukan survival adalah survivor.

S = Sadarilah dimana kamu berada

U = Untung malang ada pada ketenanganmu

R = Rasa takut harus kamu kuasai

V = Viva hidup hargailah ia

I = Ingatlah dimana kamu berada

V = Vakum atau kekosongan isilah segera

A = Adat istiadat harus kamu kuasai dan hormati

L = Latihlah dirimu dan belajarlah selalu

Kegiatan luar merupakan satu bidang rekreasi yang bersikap aktif kerana mempunyai cabaran dan risiko tertentu serta memerlukan ketahanan fizikal dan mental bagi membolehkan seseorang melakukan dan menghadapinya . Cabaran dan risiko inilah yang akan melahirkan apa yang disebut sebagai ‘adventure’. Pada masa ini semakin ramai masyarakat kita yang telah menjadikan kegiatan luar sebagai sebahagian aktiviti rekreasi yang boleh memenuhi masa lapang.

Dalam melaksanakan kegiatan luar kadang kala kita tidak akan menduga bahawa berlakunya perkara yang tidak diingini. Tersesat di dalam hutan, kemalangan dan kecemasan semasa melaksanakan aktiviti luar adalah sesuatu risiko yang perlu dihadapi oleh setiap pengamal kegiatan luar. Dalam keadaan seperti inilah seseorang yang sememangnya mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal akan cuba berhadapan dengan apa jua keadaan demi menyambung terus kehidupan mereka. Kemahiran ikhtiar hidup adalah merupakan suatu amalan dan pelajaran yang amat berguna, terutamanya kepada mereka yang sememangnya sentiasa berminat dalam rekreasi yang berbentuk kegiatan luar. Kamus Dewan mentakrifkan ikhtiar sebagai pilihan atau berusaha mencari jalan bagi mencapai sesuatu maksud. Hidup pula ditakrifkan sebagai terus bernyawa atau bernafas. Perkataan ikhtiar hidup dapatlah dirumuskan sebagai sesuatu usaha atau mencari pilihan daripada pelbagai yang ada untuk terus hidup atau menyambung nyawa.

TUJUAN MENGETAHUI DAN MEMPELAJARI IKHTIR HIDUP

Para pencinta kegiatan luar sememangnya telah bersedia dengan setiap cabaran yang pasti akan dihadapi. Persediaan mental dan fizikal yang kukuh adalah diharapkan akan dapat membantu setiap ahli yang melakukan kegiatan luar agar mereka tidak mudah menyerah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika kegiatan luar. Diharapkan dengan mengetahui teknik ikhtiar hidup yang betul para peserta akan dapat menambahkan kemahiran dan pengetahuan mereka, khususnya dalam saat-saat yang memerlukan kemahiran tersebut.

Kemahiran dan teknik yang dipelajari juga secara tidak langsung akan memberikan keyakinan yang kukuh kepada setiap peserta dalam memilih pilihan-pilihan yang tepat dan jitu. Sebenarnya alam ciptaan Tuhan ini penuh dengan pelbagai khazanah yang boleh diterokai seperti firmannya yang bermaksud:

“ Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan dengan perutnya (menjalar) dan sebahagiannya berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah mencipta apa yang dikehendakinya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas apa juga” ( Surah Al-Nur: 45)

“ Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan

yang tidak berjunjung, pokok kurma. Tanam-tanaman yang bermacam- macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warna) dan tidak sama ( rasanya) “

( Surah Al-An”am: 141)

Kedua-dua maksud ayat di atas sudah cukup jelas kepada kita bahawa Tuhan telah mencipta alam ini dengan penuh kesempurnannya. Hanya kita perlu berikhtiar untuk mendaptkan segala yang disediakan oleh Allah s.w.t. Ini amat berkait rapat dengan apa yang sedang kita bincangkan. Penggunaan akal dan ikhtiar hidup yang sempurna sudah pasti dapat membimbing kita untuk terus memanfaatkan segala yang ada.

PRINSIP – PRINSIP IKHTIAR HIDUP

Ikhtiar Hidup merupakan satu usaha yang dipelbagaikan dan memerlukan pemilihan yang bijaksana bagi mengatasi rintangan atau risiko yang dihadapi berdasarkan kepada keadan dan situasi tertentu, maka dinyatakan beberapa prinsip ikhtiar hidup yang diharapkan dapat membantu dan membimbing kita dalam menghadapi situasi yang agak genting. Antara prinsip-prinsip ikhtiar hidup yang dicadangkan dan perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

Penggunaan Alam sekeliling

Pemerhatian yang tajam

Tumbuhan dan Haiwan

Bentuk muka bumi – Bukit, sungai, laut dll

Cakerwala

Kemudaratan yang minima

Berkeyakinan

Berprinsip

Beriman

Percaya dan berkeyakinan kepada diri sendiri

Bekerjasama dalam kumpulan

Tidak mementingkan diri sendiri

Bermuzakarah dan bermuafakat

Patuh kepada keputusan kepimpinan ( muwakal)

Berpegang kepada kata-kata nasihat berikut:

“ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ”

Berkemahiran Tinggi

Mempunyai latihan yang cukup

Kejurulatihan

Pendidikan seumur hidup

Tidak Mudah Berputus Asa

Berusaha sedaya upaya

Berkeyakinan

Keiltizaman

Sujud kepada Tuhan

Ketakwaan

Beriman

Sentiasa berdoa

“ Dan apakah mereka tidak memerhatikan bumi. Berapakah banyaknya kami tumbuhkan dibumi itu pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang baik ?”

(Surah Al-Syu’ara:7 dan 8)

Undang-undang asas ikhtiar hidup

Menyediakan tempat perlindungan

Menghidupkan api

Mencari sumber makanan

Rehat yang mencukupi

Kemahiran dan teknik ikhtiar hidup

Beberapa teknik dan kemahiran ikhtiar hidup yang dianggap penting dan boleh membantu di saat menghadapi situasi kegentingan adalah seperti berikut:

1. Kemahiran membina tempat perlindungan sementara / Membuat Pondok

Beberapa pertimbangan haruslah diambil kira oleh individu untuk membina tempat perlindungan sementara di dalam hutan. Pondok hutan ini adalah sebahagian daripada kemahiran yang perlu ada pada seseorang jika mengalami masalah di dalam hutan . Perkara berikut perlu diberi perhatian:

2. Pemilihan tempat

Keselamatan daripada binatang buas dan serangga

Kemudahan mendapatkan bekalan dan sumber air

Kemudahan mendapatkan sumber makanan

Kemudahan untuk mendaptkan sumber untuk membina pondok.

Sumber atau bahan untuk membina pondok

Rotan atau akar untuk menggantikan tali

Daun-daun yang lebar untuk membuat atap dan alas tempat tidur

Banir pokok sebagai dinding atau penghadang

3. Jangka Masa Kediaman

Jangka masa pendek memadai dengan membina secara sementara sahaja (kurang kukuh)

Jangka masa panjang memerlukan pembinaan yang lebih kukuh

4. Makanan

Buah-buah hutan

Pucuk kayu

Ikan dan kerang

Binatang dan burung

5. Bilangan anggota

Untuk satu orang

Untuk dua orang

Untuk lebih daripada dua orang

6. Jenis-jenis pondok

Pondok pelindung angin

Pondok ini didirikan dengan rangka bumbung berbetuk ‘ V’ terbalik. Bumbung ditongkat oleh dua batang tiang. Bumbung boleh dibuat dari apa saja jenis daun seperti daun bertam, nipah, senduduk, lalang dan sebagainya. Pondok ini sesuai didirikan di kawasan lereng bukit, kawasan permatang yang sempit , kawasan tanah lapang dan juga di kawasan tepi pantai.

Pondok Pisang Sesikat

Pondok ini didirikan dalam keadaan mempunyai empat tiang. Tiang hadapan lebih tinggi dari tiang belakang. Bumbung dibuat curam kebelakang.Di bahagian hadapan dibuat cucur atap (tabir layar).Pondok ini juga boleh didirikan dengan menggunakan dua tiang sahaja. Di mana bahagian bumbung belakang diturunkan terus di atas tanah. Pondok ini sesuai didirikan di kawasan tanah tinggi dan dilereng bukit.

Pondok satu minggu

Pondok ini didirikan dengan menggunakan empat tiang, berlantai serta mempunyai tangga.Berbumbong seperti pondok yang lain. Di bahagian hadapan mempunyai cucur atap. Pondok ini baik kerana boleh didirikan dalam apa juga keadaan muka bumi. Kebiasaannya pondok ini didirikan untuk tempat tinggal dalam jangka masa satu minggu. Ianya juga dapat menghindarkan diri dari gangguan binatang-binatang buas.

Pondok Atas Paya

Pondok ini didirikan sama sahaja bentuknya dengan pondok satu minggu. Perbezaannya cma pondok ini didirikan dengan tiang yang tinggi melebihi tinggi satu orbg berdiri. Bahagian-bahagian yang terdapat dalam pondok ini terdiri dari bumbung, tiang, lantai dan tangga. Dibahagian bawah pondok disediakan gelagar tempat memasak. Pondok ini dibina bagi mengelakkan dari kawasan berair.

Perlindungan Semulajadi

Selain daripada beberapa jenis pondok di atas gua , banir pokok , anjung batu dan juga lereng lekuk juga amat sesuai dijadikan tempat untuk berteduh. Walau bagaimanapun pemilihan tempat tersebut perlu ditinjau terlebih dahulu dari aspek keselamatan. Elakkan tempat-tempat yang berbahaya seperti kawasan batu-batu yang longgar kedudukannya, kawasan laluan angin, laluan binatang,sarang serangga dan sebagainya.

Kemahiran Memasak Tanpa Alat

Dalam konteks ikhtiar hidup kemahiran memasak tanpa alat amat perlu dipelajari dan dipraktikan oleh semua orang. Tanpa sebarang pengetahuan tentang ilmu hutan, tentulah amat sukar bagi kita untuk memasak tanpa dapur dan peralatan lain, Namun pengetahuan tentang ilmu hutan telah membuktikan persekitaran luar mempunyai banyak bahan untuk menggantikan perlatan harian. Antara bahan yang boleh digunakan untuk memasak ialah daun pisang, buluh, ubi kentang, tanah liat, ubi keledek dan berbagai bahan lain.

Memasak nasi menggunakan buluh

Ruas buluh boleh digunakan untuk memasak nasi. Teknik yang digunakan sama seperti memasak lemang. Seruas buluh dipotong dan dibersihkan. Ambil daun pisang muda dan gulungkan lalu masukkan ke dalam ruas buluh, Kemudian masukkan beras dan air ke dalam ruas buluh tersebut.Semasa memasak , tutup lubang buluh dengan menggunakan daun. Setelah air menjadi kering, kayu api perlu disuraikan bagi mengelakkan nasi menjadi hangus.

Nasi juga boleh dimasak menggunakan ruas buluh yang diletakkan secara melintang. Tebukan satu lubang bersegi empat ditengahnya.Buatkan pemegang.Bersihkan buluh tersebut sebelum diiisikan dengan beras.Pastikan sukatan beras sama dengan sukatan air bagi mengelakkan nasi menjadi keras atau sebaliknya.

Memasak Nasi dengan menggunakan daun pisang atau menggunakan skaf

Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan rendamkan beras terlebih dahulu.Jika telah kembang bungkuskan beras tersebut dengan daun.Kemudian ikatkan dengan ketat. Beras yang telah siap dibungkus bolehlah direbus menggunakan buluh atau bekas lain. Sementara itu teknik memasak menggunakan skaf atau kain ialah dengan cara membungkuskan beras yang telah direndam tadi. Kemudian basahkan kain / skaf tersebut sebelum ditanam. Buatkan lubang yang tidak berapa dalam sekadar menimbus skaf tersebut. Kemudian pasangkan api di atasnya. Adalah baik jika di masak di atasnya terdapat bara api yang kuat.

Memasak telur dalam keledek atau ubi kentang

Potong sebiji ubi keledek atau ubi kentang yang lonjong kepada dua bahagian, kemudian korek sebahagian isi di dalamnya. Masukkan telur ke dalam ubi tersebut dan tangkupkan dengan sebatang kayu halus. Kemudian mesukkan ubi ke dalam lubang yang ditutup dengan penutup tin biskut yang mempunyai arang bakar di atasnya.

Memasak telur menggunakan batang pisang

Batang pisang boleh digunakan untuk merebus telur. Potong batang pisang dan buangkan bahagian dalamnya. Lapisan luar juga dibuang beberapa lapis supaya tidak terlalu tebal. Masukkan telur ke dalam batang pisang tersebut dan tangkupkan kedua-dua batang pisang tersebut. Kemudian ikatkan dengan tali yang mengambil masa yang lama untuk terbakar.

Menggoreng telur di atas batu

Panaskan sebiji batu yang agak besar. Apabila telah cukup panas kuiskan batu tersebut ke tepi. Ambil daun pisang atau daun hutan yang boleh digunakan untuk memasak dan letakkan di atas batu yang sedang panas lalu pecahkan telur di atas daun pisang tersebut. Dalam beberapa minit sahaja telur tersebut akan menjadi masak. Dan hasilnya pasti memuaskan.

Memasak telur di dalam tanah atau disalut dengan tanah liat

Telur yang telah disalut dengan tanah liat di masukkan ke dalam api atau bara api yang masih kuat.Apabila tanah liat telah kering, satu letupan kecil akan kedengaran untuk menandakan telur tersebut telah masak. Selain itu kaedah lain yang boleh digunakan ialah dengan membuat lubang kecil pada tanah dan masukkan telur tersebut. Tutupkan lubang tersebut dengan tanah.Kemudian pasangkan api di atasnya.

Memanggang burung , ayam dan ikan

Burung atau ayam yang hendak dipanggang dibungkus dengan tanah liat tanpa membuang buluhnya. Kemudian masukkan ke dalam bara api. Apabila telah masak bulu ayam atau burung akan tertanggal daripada kulitnya dan melekat di tanah liat. Selain daripada itu ikan atau daging juga boleh dibakar di atas bara api. Caranya dengan mengpitkan ikan atau daging tersebut dengan sebatang buluh yang telah diubahsuai sebagai penyepit. Masak di atas bara api bagi mengelakkan masakan tersebut menjadi hangus.Daging atau ikan menjadi lebih sedap lagi jika dibubuh dengan perasa seperti garam, kicap dan sebagainya.

Membuat roti ‘twist’

Roti ini dibuat daripada tepung gandum yang telah diuli dengan sedikit garam dan air. Sebatang buluh atau kayu kecil digunakan untuk melilit tepung tersebut.Semasa melilit tepung tersebut pastikan ianya tidak terlalu tebal kerana jika tebal bahagian di dalamnya akan menjadi lambat masak. Jika perlu majerin atau keju boleh disapulan di bahagian atasnya apabila telah masak bagi menambahkan keenakkannya.

Kemahiran Menghidupkan Api

Api sangat penting untuk memasak, memanaskan badan pada waktu malam dan menakutkan atau menghalau haiwan liar. Sementara asapnya dapat melindungi diri daripada serangan nyamuk dan agas. Terdapat tiga jenis kayu yang sering digunakan untuk menghidupkan api iaitu:

i. Ranting kering – Ranting yang digunakan untuk menyalakan api

ii. Kayu lambat terbakar – Kayu yang menghasilkan bara untuk

memanggang

iii. Kayu cepat terbakar – Kayu yang terbakar dengan kuat.

Tapak yang digunakan untuk menghidupkan api mestilah dalam keadaan kering, jauh daripada khemah atau pokok dan dilindungi dengan batu, kayu atau tanah supaya apinya tidak merebak ke tempat lain. Walau bagaimanapun tidak dinafikan akan timbul masalah jika dalam keadaan hari hujan. Hujan yang turun akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar amat sukar dicari. Namun ada beberapa cara yang boleh dicuba. Dapatkan beberapa potong kayu yang agak besar. Belah bahagian luar yang basah dan gunakan hanya bahagian dalam yang kering. Sekiranya sukar untuk membelah kayu tersebut kita boleh meraut bahagian permukaan luar sama seperti membuat ‘ bunga jarau’. Gunakan bahagian dalam yang kering.

Beberapa cara menghidupkan api cara kuno dapat dibuat dengan menggunakan kaedah berikut:

Geselan buluh dengan buluh

Buluh yang digunakan adalah buluh yang betul-betul kering .Jika perlu dijemur hingga kering.Buluh yang pertama dibelah sebesar 2 cm. Dipotong melintang sedikit sahaja ditengah-tengahnya seperti lurah. Disebelah dalam buluh itu ditebuk sedikit supaya buluh itu mudah mendapatkan api apabila digeserkan. Ditempat itu juga akan diletakkan rabuk untuk menangkap api yang telah terhasil dari geseran buluh. Sebatang lagi buluh lagi yang sama besarnya dibuat bagi tujuan pengepit rabuk dan dicantumkan kedua dua bahagian dalam buluh yang pertama tadi. Kemudian ambil sebatang buluh lagi yang lebih kurang sama besarnya ditajamkan sebelahnya sahaja seperti mata parang. Cara untuk mendapatkan api dilakukan dengan mengesel bahagian buluh yang tajam pada buluh yang telah dicantumkan tadi.Pada permulaan buluh digeselkan dengan

perlahan-lahan dan dipercepatkan setelah mendapat tekniknya.Buluh yang menjadi panas akan mengeluarkan api. Api

itu kemudian akan ditangkap oleh rabok yang telah diletakkan , cara untuk mengetahui bahawa buluh itu telah menangkap api ialah apabila asap telah keluar daripada geseran.

Panah dengan busar (Kayu dengan kayu / kayu dengan buluh)

Dalam, teknik membuat api secara ini alat-alatnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Bahagian Panah

Siapkan sebatang kayu bulat sebesar ibu jari disatu hujungnya Ditajamkan. Di hujung satu lagi dibuat lubang yang berupa jarum.Ambil sekeping kayu untuk busar buatkan lubang ditengah, Dihujung tadi diikat dengan tali dan hujung yang satu lagi diikat. Piring berbentuk leper bulat yang berlubang ditengah dimasukkan dahulu sebagai pengimbang.

ii. Bahagian kedua (Pelapik)

Bahagian pelapik ialah sebatang kayu atau juga menggunakan Buluh. Caranya ialah buat sedikit tapak untuk busir memusing. Selepas semuanya siap, panah tadi dipusingkan sedikit kepada Tali busir, seterusnya dihenjutkan supaya ia terus berpusing dengan piring pengimbang sehingga keluar asap.Setelah cukup Panas keluarkan panah dan tiup kayu pelapik pada kayu yang Berasap di sinilah api akan dihasilkan.

Gobek Api

Selain dari cara yang diterangkan di atas,penggunaan gobek api boleh juga menghasilkan api.Cara membuatnya dengan mencari teras kayu yang keras seperti cengal,meranti dan sebagainya.Tebuk satu lubang gobek yang dalamnya lebih kurang 3 cm, besar lubang sebesar anak jari kemudian cari kayu yang keras juga untuk

Dijadikan anak gobek. Besar anak gobek yang hendak dibuat adalah semuat dengan lubang gobek tadi, dihujung anak gobek diraut sedikit kemudian dililit dengan benang dan disapukan dengan lemak binatang, tujuannya untuk mengetatkan lubang tersebut, dihujung batang anak gobek tadi juga dibuat sedikit lubang untuk diletakkan rabok. Setelah persiapan dibuat masukkan anak gobek dimulut lubang gobek dan pukul dengan cara mengejut (menggunakan tapak tangan) dengan cara mengejut juga anak gobek ditarik keluar, cepat lihat, api akan terhasil dirabok pada hujung gobek

Pembalik cahaya

Untuk mendapatkan api menggunakan cara ini ialah dengan memasukkan rabok pada tengah pemancar lampu suloh, kemudian pancarkan ke matahari. Bentuk pancaran matahari ke rabok akan menjadikan satu titik halus yang bersilau.Tunggu dalam beberapa saat.Api akan terhasil apabila pancaran matahari tersebut cukup panas dan terus membakar.

Kemahiran Membina Jerat/perangkap dan alat tangkapan

Kemahiranmembina jerat/perangkap dan alat tangkapan juga amat perlu diketahui oleh individu yang gemarkan kegiatan luar. Malang tidak berbau. Jika berlaku sesuatu di dalam hutan atau kawasan pergunungan dengan kemahiran yang ada sudah pasti dapat membantu mengurangkan risiko yang dihadapi. Banyak sumber alam sama ada di kawasan hutan dan pergunungan yang dapat dijadikan alat untuk membuat jerat dan alat tangkapan lain. Antara bahan yang biasa digunakan adalah seperti buluh, rotan, anak kayu dan akar kayu. Sementara bahan-bahan yang boleh dijadikan umpan seperti buah-buahan, denak dan benda yang busuk (bangkai haiwan)

Jenis Jerat dan alat tangkapan

Lukah untuk menangkap ikan

Bubu

Serkap

Jerat pintas

Jebak

Getah Terap

Lembing untuk menangkap ikan

Jerat lubang

Jerat bakul atau kotak

Perangkap terbahagi kepada dua:

i. Perangkap berumpan

Perangkap jenis ini kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan umpan. Dengan menggunakan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap. Tempat yang hendak di pasang hendaklah bersesuaian dengan jenis binatang yang hendak ditangkap.Tentukan terlebih dahulu apakah binatang yang hendak ditangkap dan apakah umpan yang sesuai bagi binatang tersebut.

ii. Perangkap tidak menggunakan umpan

Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian binatang. Tetapi yang perlu dalam persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan atau minum. Kebiasannya jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang. Asalkan binatang melalui sahaja perangkap ia pasti akan terjerat. Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang, kijang,landak,rusa dan sebagainya.

Jerat Bidas

Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan umpan ataupun tidak. Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang menjadi sebagai pembidas serta tali sebagai penjerat, Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah seperti ayam hutan, burung dan juga tupai.

No comments:

Post a Comment