Wednesday, November 25, 2009

DIET SEIMBANG ELAK STRESS

PEMAKANAN BERASASKAN DIET SEIMBANG

Corak pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada stres. Di samping untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memastikan agar tahap mental dan badan kita sentiasa sihat, amalkan diet atau pemakanan yang seimbang dan berkesan.

Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.


KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL DIET SEIMBANG

1· Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres.
2· Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan. Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan.


LANGKAH PENJAGAAN DIET

1. Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.
2. Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28% kepada 48%.
3. Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10% daripada keseluruhan jumlah tenaga.
4. Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak ‘polyunsaturated’ tidak lebih 10% dan lemak ‘monounsaturated’ pada kadar 10% - 15%.
5. Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg. sehari.


10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRES DAN KEHIDUPAN SIHAT.

1. Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan
Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari.

2. Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.

6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

3. Kurangkan kafein

Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.

4. Kurangkan pengambilan garam.

Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.

5. Kurangkan gula

Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.

6. Berhenti merokok

Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.

7. Berhenti dari pengambilan alkohol

Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkankesimbangan badan dan menghindarkan stres.

8. Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.
Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.

9. Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt

Yogurt mengandungi ‘Lactobacillus acidhophitis’ yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria ‘pathogens’ di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.

10. Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur

Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit.

Guru Sebagai Pemimpin kepada Integrasi ICT dalam KOkurikulum

Integrasi ICT dalam Pelaksanaan P&P kokurikulum merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

KoKurikulum Di SR: Pelatih KPLI disyorkan melaksanakan Kajian Tindakan Semasa Praktikum

Tugasan:
Bagi memenuhi keperluan penilaian dalam bidang kokurikulum , pelajar KPLI di kehendaki melibatkan diri dalam kegiatan koko di sekolah sepanjang latihan mengajar meraka dan menlaksanakan satu kajian tindakan terhadap permasalahan pelaksanaan koko untuk membantu sekolah melaksanakan tindakan penambahbaikan bidang koko di sekolah masing-masing.

PANDUAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


BAHAGIAN 1

1. PENGENALAN

Modul ini disediakan untuk membantu Guru pelatih KPLI dalam usaha menjalankan kajian tindakan di sekolah mereka semasa latihan mengajar/praktikum. Tujuan utama modul ini ialah untuk menyediakan panduan sebelum sesuatu tindakan dapat dirancang atau dikaksanakan. Fokus modul adalah untuk memudahkan pengkaji membuat perancangan dan pelaksanaan kajian tindakan untuk penyelesaian masalah yang mereka dihadapi..

2. OBJEKTIF MODUL

Selepas menggunakan modul ini diharapkan pelatih KPLI IPGM KTB dapat :
· Memahami konsep asas kajian tindakan
· Mengetahui ciri-ciri utama kajian tindakan
· Mengetahui kepentingan kajian tindakan
· Membezakan antara ciri-ciri kajian tindakan dengan ciri-ciri kajian lain (kajian kes, kajian strategi, konvensional, dll)
· Mengetahui kaedah merancang dan melaksanakan kajian tindakan di sekolah semasa praktikum anda.
· Merancang dan menulis kertas cadangan kajian tindakan
· Melaksanakan strategi tindakan
· Menulis pelaporan kajian tindakan

BAHAGIAN 2

KONSEP ASAS KAJIAN TINDAKAN
1. DEFINISI

Mc. Niff (1988), …" Pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan. Melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lai secara kolaboratif sewaktu mengadakan kajian”.

Elliot & Adelman (1976) yang mempelopori kajian tindakan bilik darjah di United Kingdom, menegaskan bahawa kajian tindakan adalah suatu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesional guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.

2. KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

· Suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu amalan perkhidmatan binbingan dan kaunseling melalui perubahan amalan GBKSM.
· Melibatkan proses perkembangan amalan GBKSM yang bersistematik melaui refleki yang membina dan analisis yang kritikal.
· Melibatkan pembinaan teori daripada amalan sebenar. Penekanannya kepada praktik.
· Membudayakan penyelidikan
· Kolaboratif dengan guru-guru lain.
3. CIRI-CIRI UTAMA KAJIAN TINDAKAN

Pelatih dapat :

· Memperbaiki kualiti melalui perubahan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
· Melibatkan proses perkembangan amalan bimbingan dan kaunseling yang sistematik melalui refleksi yang membina
· Merancang strategi tindakan melalui proses analitikal kritikal
· Membina teori serta amalan sebenar dan penekanan kepada praktik.
· Keutamaan dalam memahami dan memperbaiki amalan Latihan praktikum mereka.

4. PERBANDINGAN PNDEKATAN KAJIAN TINDAKAN DENGAN KAJIAN LAIN YANG BERSIFAT KUANTITATIF

Kajian Tindakan


TUJUAN
Memperbaiki amalan pelaksanaan praktikum guru pelatih dan membentuk teori peribadi yang praktis dan kritis dalam amali P&P.
Membuat generalisasi dan menguji teori serta menjelaskan prinsip


REKABENTUK KAJIAN
Boleh diubahsuai berdasarkan situasi sebenar
Ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dijalankan


SUBJEK KAJIAN
Penyelidik adalah sebahagian daripada subjek
Penyelidik bukan subjek kajian. Subjek kajian adalah contoh yang dipilih.


PENGKAEDAHAN
Dilakukan dalam situasi sebenar dan analisis hasil kajian menggunakan teknik dan kaedah deskripsi dan naratif
Nilai penyelidikkan bergantung kepada teknik dan analisis statistik yang canggih.


LAPORAN HASIL KAJIAN
Laporan menggunakan bahasa yang mudah difahami
Laporan bersifat teknikal

5. ETIKA DALAM KAJIAN TINDAKAN

· Bukti atau data yang diperoleh tidak boleh melibatkan pengenalan identiti kecuali dengan kebenaran.
· Hak-hak kerahsiaan terpelihara
· Penerbitan laporan hendaklah mendapat kebenaran ahli jawatankuasa kajian.

BAHAGIAN 3

PROSEDUR PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

1. MENGENALPASTI ISU/MASALAH/SITUASI

Untuk mengenalpasti perkara di atas, GBKSM perlu memusatkan perhatian terhadap perkara-perkara berikut :

· Apakah yang sedang berlaku
· Bagaimanakah sesuatu isu/masalah/ situasi itu wujud
· Apakah yang boleh dilakukan sebagai tindakan GBKSM.
· Menghadkan kajian kepada isu spesifik, tidak rencam.
· Memberi keutamaan berdasarkan persoalan yang mana perlu didahului seiringan dengan kehendak pentadbiran sekolah dalam bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
· Sebaik-baiknya kajian dilakukan secara kolaboratif (kerjasama dengan rakan sekerja)
· Menentukan bidang tindakan kajian dalam bimbingan dan kaunseling:

i. Akademik
ii. Kerjaya
iii. Psikososial dan kesejahteraan mental
iv. Kaunseling / bimbingan
v. Keibubapaan
vi. Pembangunan murid
vii. Pendidikan pencegahan dadah dan rokok
viii. Pendidikanpencegahan HIV / Aids
ix. Pengurusan dan pentadbiran
x. Pengurusan bilik kaunseling

· Pemilihan isu kajian

i. Subjek dalam kawalan penyelidik
ii. Perlu tindakan segera
iii. Belum ditemui jalan penyelesaian dan memerlukan pengkajian
iv. Melibatkan penyelidik dan rakan sejawat
v. Diyakini akan mendatangkan kesan yang baik ekoran kajian tindakan

2. MERANCANG TINDAKAN

· Menyediakan matlamat tindakan
· Menyediakan rasional / sebab-sebab cadangan tindakan
· Contoh senarai tindakan-tindakan yang dicadang :

- Tugas dan tanggungjawab baru
- Aktiviti baru
- Bahan-bahan baru
- Sturktur organisasi baru
- Falsafah dan konsep perubahan
- Penyataan cara-cara pemantauan yang ada
- Penilaian
- Penyataan keperluan yang lain seperti sumber rujukan, kewangan, tenaga, kelengkapan, masa dan sebagainya.
- Bersesuaian dengan teori-teori praktik yang dibina daripada amalan sebenar.

3. MENINJAU DAN MENGUTIP DATA KAJIAN TINDAKAN AWAL

Contoh tinjauan dan kutipan data awal :

· Bahan-bahan dokumentasi seperti buku lawatan bilik B & K, jadual kedatangan, keputusan peperiksaan, latar belakang murid, buku demerit murid dan sebagainya.
· Transkripsi hasil temubual dengan murid dan guru.

4. INSTRUMEN/ALAT UNTUK MENGENAL PASTI MASALAH / ISU

· Pemerhatian

i. Secara langsung tanpa bantuan alatan teknikal
ii. Pemerhatian menggunakan borang dan alat elektronik

· Temubual

Kaedah ini membantu pengkaji mendapatkan maklumat secara mendalam yang boleh dilakukan secara berstruktur dan tidak berstruktur.

· Ujian Kertas Pensil / bertulis

Kaedah ini dirujuk sebagai salah satu mengenalpasti masalah melalui

i. Ujian bulanan
ii. Ujian percubaan
iii. Ujian tahunan
iv. Ujian semester

· Soal selidik

Soal selidik digunakan untuk mengutip data secara formal. Soal selidik yang dibentuk perlulah memenuhi objektif atau soalan kajian yang telah dikenalpasti.

5. MELAKSANAKAN TINDAKAN

Pada peringkat ini, GBKSM atau pengkaji melaksanakan aktiviti mengikut perancangan dan jangkamasa ditentukan.

Contoh : Mempertingkatkan Kecemerlangan Murid

Taklimat :
i. Cermah kesedaran
ii. Bimbingan dan kaunseling kelompok
iii. Pemantauan kehadiran berterusan
iv. Kolaboratif dengan unit disiplin
v. “Sentuhan Kasih Pengetua / Guru Besar” – touching pentadbiran.
vi. Penghargaan (sijil) kerana perubahan positif murid

Pada ketika ini, guru Pelatih perlu membuat pemerhatian, refleksi dan penilaian terhadap setiap aktiviti yang dilaksanakan.


PROSES KERJA KAJIAN TINDAKAN
1. KENALPASTI MASALAH
2. PERANCANGAN
4. PENILAIAN
3. MELAKSANAKAN



BAHAGIAN 4
PANDUAN PENULISAN KERTAS CADANGAN

Bagi menjalankan sesuatu kajian tindakan, GBKSM perlu memahami peringkat dan proses penulisan dalam kajian tindakan seperti dalam carta aliran berikut:

Peringkat Penelitian
Kajian
Peringkat Terakhir
Kajian
PERINGKAT PERMULAAN KAJIAN
Penulisan Dan Pembentangan Kertas Cadangan
Peringkat
Pelaksanaan
Penulisan Dan Pembentangan Kemajuan Kajian
Penulisan Laporan
Kajian
Peringkat Penerbitan
Kajian




FORMAT KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

1. Tajuk kajian
2. Nama Sekolah
3. Kumpulan Penyelidikan
4. Tujuan/Objektif kajian
5. Isu/prihatinan yang dikaji
6. Refleksi masalah
7. Sasaran kajian
8. Cadangan tindakan
9. Cadangan bahan yang diperlukan
10. Jadual pelaksanaan kajian
11. Anggaran perbelanjaan

1. Tajuk Kajian :

Tajuk kajian haruslah berkaitan dengan aspek-aspek yang boleh diselidiki dan diambil tindakan.

2. Nama Sekolah :

Nyatakan nama sekolah tempat kajian dijalankan.

3. Kumpulan Penyelidik :

Catatkan nama GBKSM dan penyelidik yang terlibat.

4. Tujuan / Objektif Kajian :

Tujuan utama Kajian Tindakan adalah untuk

· Mengubah amalan GBKSM ke arah pendekatan yang lebih baik.
· Membantu pihak lain mengetahui dan mengenalpasti amalan dalam proses kaunseling.
· Memahami situasi bimbingan dan kaunseling.

Nyatakan secara spesifik tujuan / objektif kajian yang ingin dicapai.

5. Isu / keprihatinan yang dikaji :

Kenyataan atau keterangan yang menjelaskan keadaan sebenar masalah yang dikaji. Penyataan boleh dijelaskan dalam pelabagai bentuk misalanya:

· Penyataan masalah : contoh – GBKSM mengalamai kesulitan dalam usaha meningkatkan motivasi murid Tingkatan 3.
· Bentuk keprihatinan : contoh – GBKSM memberi perhatian tentang isu buli di asrama
· Bentuk soalan : contoh – apakah yang dilakukan GBKSM untuk mengatasi masalah ponteng kelas?

6. Refleksi masalah :

Huraian tentang maklumbalas kepada masalah yang dikaji.

7. Sasaran kajian :

Menentukan subjek yang dikaji secara berfokus.

8. Tindakan yang dicadangkan :

Huraikan bagaimana melaksanakan perancangan serta kekangan yang dihadapi.

9. Bahan yang dicadangkan :

Nyatakan segala bahan, instrumen dan rujukan yang digunakan

· Contoh peralatan – labtop, LCD, pencetak, kertas A4, dsb.
· Contoh instrumen – soal selidik, soalan ujian dsb.
· Contoh rujukan – buku-buku atau sumber rujukan lain.

10. Jadual pelaksanaan kajian :

Jadual pelaksanaan kajian perlu dirangka supaya kajian dapat dijalankan secara sistematik dan menepati jangkamasa yang ditetapka.

Contoh pelaksanaan kajian :

Perkara
Tarikh
Catatan
Mesyuarat Jawatankuasa
Penulisan Kertas Cadangan
Mesyuarat Pembentukan Ujian Pra /post
Pelaksanaan Ujian Pra
Memproses Data Ujian Pra
Mesyuarat Perancangan Untuk Temubual Dan Pemerhatian
Ikut keperluan
Analisis data ujian pra, temubual dan pemehatian
Mesyuarat perancangan untuk teknik rawatan
Pelaksanaan teknik rawatan

Pelaksanaan Ujian Pos
Refleksi
Penulisan Laporan Kajian

Pemurnian Laporan


11. Anggaran perbelanjaan kajian :

BAHAGIAN 5

PANDUAN PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN

GBKSM dapat mengemukakan pengetahuan atau maklumat yang diperolehi daripada kajian melalui penulisan laporan. Maklumbalas dan komen-komen mengenai dapatan kajian membolehkan refleksi kendiri dilaksanakan. Bagaimanapun, terdapat berbagai cara atau gaya penulisan laporan kajian tindakan. Di sini dikemukakan satu cadangan.

FORMAT MENULIS LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

1. Tajuk
2. Penghargaan
3. Abstrak
4. Isi kandungan
5. Latar belakang kajian
6. Pernyataan masalah
7. Metodologi kajian
8. Tinjauan alat / instrumen kajian
9. Perancangan tindakan
10. Pelaksanaan Perancangan Tindakan
11. Refleksi
12. Kesimpulan
13. Bahan-bahan atau buku rujukan
14. Lampiran.


1. Tajuk

Pada muka surat pertama laporan tulis tajuk kajian, nama atau nama-nama penyelidik dan tarikh selesai ditulis. Tajuk mesti tepat, ringkas dan menepati kajian yang dilaksanakan.

Contoh :

i. Meningkatkan jumlah kehadiran murid ke sekolah (di satu kelas pilihan) – “Jom, ke sekolah ….”
ii. Meningkatkan jumlah klien sukarela ke bilik bimbingan dan kaunseling.
iii. Meningkatkan rasa hormat menghormati dalam kalangan murid.
2. Penghargaan

Penghargaan hendaklah diberikan kepada semua pihak yang membantu melaksanakan kajian atau menyiapkan laporan.

3. Abstrak

Dalam abstrak, terangkan tujuan kajian, kaedah dan dapatan kajian.

4. Isi kandungan

Senaraikan isi kandungan dan muka surat bagi pecahan tajuk.

5. Latar belakang kajian

Terangkan latar belakang kajian seperti sejarah, isu, perkembangan dan sebagainya.

6. Pernyataan masalah

Huraikan masalah sebenar yang ingin dikaji beserta dengan sokongan daripada kenyataan-kenyataan, penulisan, data dan sebagainya.

7. Metodologi kajian

Huraikan reka bentuk kajian, sasaran kajian, batasan kajian, alat kajian serta jenis penganalisisan kajian. Etika kajian juga boleh dimuatkan.

8. Tinjauan alat / instrumen kajian

Huraikan bagaimana anda melakukan tinjauan. Huraian ini mengandungi aspek-aspek berikut :

i. Jenis instrumenuntuk proses tinjauan
ii. Huraian dapatan daripada tinjauan
iii. Analisis dapatan daripada tinjauan
iv. Teori yang dibentuk daripada tinjauan yang dilakukan
v. Nyatakan persoalan yang diberi keutamaan fokus untuk diperbaiki

9. Perancangan tindakan

Huraikan perancangan yang ingin dilaksanakan. Perancangan anda mungkin dalam bentuk kaedah baru, modul, aktiviti dan sebagainya. Perancangan anda perlu bersesuaian dengan dapatan dari tinjauan dan teori yang anda bentuk.

10. Pelaksanaan Perancangan Tindakan

Huraikan bagaimana anda melaksanakan perancangan serta kekangan yang dihadapi.




11. Refleksi
Huraikan bagaimana anda melakukan refleksi dan apakah maklumbalas yang diterima daripada proses renungan ini.

12. Kesimpulan
Buat kesimpulan ringkas dan rancangan untuk proses gelungan berikutnya.

13. Bahan-bahan atau buku rujukan
Nyatakan segala bahan rujukan yang telah digunakan.

14. Lampiran.
Sertakan pada penghujung laporan segala bahan yang digunakan dalam kajian sebagai lampiran kajian.

SUMBER
(Dipetik dari buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling Di Sekolah Menengah Dan Rendah) – Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM
JAWATANKUASA MAJLIS KOKURIKULUM
IPG Kampus TUANKU BAINUN
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
PENASIHAT : Pengarah
PENGERUSI : Timbalan Pengarah
SETIAUSAHA : KUK
AHLI : 1. Penyelaras Unit Beruniform
2. Penyelaras Kelab/Persatuan
3. Penyelaras Sukan Permainan
4. Pensyarah Kanan Kokurikulum/Jurulatih DG52
5. Ketua-Ketua Pensyarah Penasihat bagi semua bidang kokurikulum.

BIDANG TUGAS

1. Merancang dan memantau program/aktiviti kokurikulum institut mengikut semester/tahun
berdasarkan penilaian program sebelumnya.
2. Merancang anggaran perbelanjaan tahunan
3. Meluluskan program/aktiviti kokurikulum yang akan diadakan pada setiasp semester/tahun.
4. Melaksanakan pembahagian tugas kokurikulum kepada setiap pensyarah
5. Memastikan jadual aktiviti dan sukatan kokurikulum diperolehi, dipatuhi dan dilaksanakan mengikut
jadual
6. Memastikan ujian bertulis/penilaian amali/peperiksaan kokurikulum berjalan mengikut jadual atau
prosedur yang ditetapkan.
7. Mengumpul dan Mengurus semua markah kokurikulum dari pensyarah penasihat untuk diserahkan
kepada kepada unit peperiksaan mengikut jadual.
8. Mengadakan mesyarat penyelarasan sekurang-kurangnya 2 kali pada setiap semester.
9. Menyediakan laporan Tahunan pada setiap akhir tahun


JAWATAN KUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

PENASIHAT : Timbalan Pengarah
PENGERUSI/PENGURUS : KUK
SETIAUSAHA : Pensyarah Unit Koko yang dilantik
JAWATANKUASA :
1. Pensyarah kanan Kokurikulum/Jurulatih DG52
2.. Penyelaras Unit Beruniform
3. Penyelaras Kelab/Persatuan
4. Penyelaras Sukan/Permainan
5. Ketua Pensyarah Penasihat setiap bidang
6. Pensyarah Penasihat/Pemimpin/Jurulatih bagi setiap bidang