Wednesday, April 14, 2010

PROSEDUR PERKHEMAHAN

Manual Pegurusan Perkhemahan Tahun 2010

PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN

A. Definisi Perkhemahan

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.

B. Tujuan Perkhemahan
1. Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan.
2. Meningkatkan kecekapan dan kendiri.
3. Menghayati erti batasan kehidupan.
4. Memupuk semangat keberanian dan kreativiti.
5. Meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin.
6. Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

C. Peringkat Prosedur Tetap.
Peringkat Prosedur Tetap terbahagi kepada tiga kategori:
1. Sebelum.
2. Semasa.
3. Selepas.

PROSEDUR TETAP SEBELUM PERKHEMAHAN

1. Peraturan Pelaksanaan Perkhemahan
1.1 Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan mengemukakan permohonan bertulis mengikut ketentuan kawasan berikut:
1.1.1 Dalam kawasan sekolah { kelulusan Pengetua };
1.1.2 Dalam daerah di luar kawasan sekolah { kelulusan Pegawai Pendidikan Agama Johor };
1.1.3 Dalam negeri tetapi di luar daerah / luar negeri { kelulusan Pengarah Pendidikan Agama };
1.1.4 Luar negara { kelulusan Pengarah Jabatan Agama Johor}.

Setiap permohonan perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang berikut :
a. Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan ( Rujuk Lampiran A )
b. Senarai nama pelajar dan guru pengiring
c. Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dan menyelia perkhemahan.
d. Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan.
e. Jadual aktiviti perkhemahan.
f. Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta pelaksanaan.( Rujuk SP Bil 24/1998 )

1.2 Jika perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan pengangkutan, pihak tuan dikehendaki memohon kebenaran mengadakan lawatan kepada Pengarah Pendidikan Negeri ( u.p. Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah ) dengan mematuhi ‘The Schools (Tours) Regulations, 1957’ dengan menyertakan bersama salinan surat kebenaran perkhemahan daripada Unit Kokurikulum, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri.

1.3 Pihak penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis sekurang-kurangnya seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran untuk memimpin serta menyelia program perkhemahan yang akan dijalankan. Suatu perjanjian persefahaman perlu dibuat antara pihak penganjur dengan jurulatih yang dilantik itu ( Rujuk para 3E, SPI Bil. 24/1998 ).

1.4 Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah dikemukakan kepada:
1.4.1 Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.
1.4.2 Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.
1.4.2 Pejabat/Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan

1.4.4 Pejabat Pentadbiran/Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan

1.5 Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing. ( Rujuk para 3F, SPI Bil 24/998 )

1.6 Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta.

1.7 Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada semua peserta.

1.8 Kebenaran bertulis menggunakan tapak lokasi perkhemahan mestilah diperoleh terlebih dahulu daripada pihak yang berkuasa.

1.9 Lokasi Perkhemahan mestilah sesuai dan terjamin keselamatannya dari segi:
1.9.1 gangguan binatang buas dan haiwan berbisa.
1.9.2 hakisan atau tanah runtuh.
1.9.4 banjir.
1.9.5 ribut atau gelombang besar.
1.9.6 wabak penyakit.
1.9.7 kemalangan di luar jangkaan seperti pokok tumbang, dahan jatuh dan sebagainya. ( Rujuk para 2.4 SPI Bil. 12/2000 dan SPI Bil. 9/2000 )

1.10 Jurubantumula mestilah dilantik dan berada bersama peserta pada sepanjang masa perkhemahan. ( Rujuk para 3E, SP Bil. 24/1998 )
1.11 Penyertaan murid mestilah disertai oleh guru-guru pengiring yang dilantik secara bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut diberi kuasa secara bertulis untuk mengawal dan menyelia keselamatan, disiplin dan kebajikan murid sepanjang tempoh perkhemahan.
1.12. Semua keperluan logistik ( peralatan perkhemahan ) hendaklah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik.

2. Organisasi Perkhemahan

2.1 Organisasi adalah jentera yang menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Justeru, organisasi tersebut dirancang berdasarkan perkara-perkara di bawah:
2.1.1 Penganjur.
Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut perlu dicatatkan sama ada penganjuran utama atau penganjuran bersama.
2.1.2 Peserta.
Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan.

2.1.3 Saiz Kumpulan.
Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi setiap kumpulan.

2.1.4 Syarat.
Menetapkan syarat-syarat tertentu kepada peserta perkhemahan seperti
jantina, had umur, keadaan tubuh badan, kelulusan akademik, kemahiran tertentu dan lain-lain.

2.1.5 Kepimpinan.
Menentukan organisasi kepimpinan dalam kumpulan-kumpulan semasa perkhemahan

2.1.6 Jawatankuasa.
Ahli Jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih dahulu bagi melaksanakan perkhemahan.

PROSEDUR TETAP SEMASA PERKHEMAHAN

Semasa perkhemahan perkara atau tindakan yang perlu diambil ialah:
1. Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan terkawal dan terjamin, khususnya berkaitan perkara-perkara berikut:
1.1 Jangkitan penyakit seperti malaria, campak, selsema dan lain-lain.
1.2 Keracunan makanan.
1.3 Kemudahan-kemudahan asas.
1.4 Sistem komunikasi.
2. Memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi.(Rujuk SPI. Bil. 12/2000)
3. Memastikan Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut perancangan. Namun perancangan boleh diubahsuai jika berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti faktor-faktor alam, manusia dan lain-lain.
4. Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap hari bagi menilai dan membincangkan masalah-masalah yang timbul untuk diperbaiki pada hai berikut/masa hadapan.
5. Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang masa.

PROSEDUR TETAP SELEPAS PERKHEMAHAN

Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas perkhemahan:
1. Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahan mencukupi dan berada dalam keadaan bersih dan baik.
2. Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih seperti sebelumnya.
3. Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk meninggalkan kawasan perkhemahan.
4. Mengadakan analisa bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya.
5. Membentang dan membuat laporan:
5.1 Kewangan.
5.2 Aktiviti.
6. Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta penyertaan kepada peserta perkhemahan.
7. Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada masa hadapan.

Kursus Kraf Perkhemahan Mac 2010_ IPGKTB

Orienteering

Orienteering
13.0 ORIENTEERING

13.1 PROSEDUR AKTIVITI

13.2 Aktiviti

• memperkenalkan kompas
• memperkenalkan cara penggunaan kompas
• memperkenalkan peta
• menunjukkan cara mencari sesuatu ‘point’, ‘klu’, dengan bantuan kompas dan peta.

13.3 Peralatan

• kompas orienteering/primastik
• parang
• peralatan pertolongan cemas
• botol air
• kasut yang sesuai
• wisel ( setiap peserta )
• alat tulis dan buku nota kecil
• pakaian yang sesuai
• lain-lain alatan yang difikirkan perlu.

13.4 . Jenis-jenis orienteering

• Orienteering Merentas Desa (Cross Country Orienteering)
• Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
• Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
• Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
• Orienteering Malam (Night Orienteering)
• Orienteering Berganti-Ganti (Relay Orienteering)
• Norwegian Event

13.5 Variasi Orienteering

Sukan orienteering biasanya dilakukan secara berlari atau berjalan. Walau bagaimanapun, orienteering turut dilakukan didalam beberapa variasi mengikut kesesuian keadaan. Antara lain-lain cara orienteering dilakukan adalah seperti berikut:
• Ski Orienteering
• Mountain Bike Orienteering
• Canoe Orienteering

13.5 Peta orienteering

Peta merupakan elemen yang terpenting dalam orienteering di mana tanpa peta, orienteering tidak dapat di jalankan. Oleh itu, orienteering memerlukan satu peta yang khas yang dibuat memgikut spesifikasi yang telah di tetapkan oleh IOF.

Peta orienteering di buat oleh mereka yang mempunyai pegetahuan dan minat yang mendalam dalam orienteering. Hanya mereka yang memmahami apakah yang perlu dimasukkan ke dalam peta orienteering bagi membantu para peserta menggunakan segala ciri yang ada di atas tanah dan peta sebagai panduan navigasi.

13.5.1 Suatu peta yang lengkap perlu mengandungi butiran-butiran berikut:
• nama tempat
• skala
• petunjuk
• arah utara peta
• sela kontur
• garisan-garisan utara
• kredit ( juruukur dan juru kartografi )

13.5.2 Warna turut memainkan peranan penting dalam menentukan kategori/spesifikasi setiap symbol di mana warna-warna ini telah di tetapkan mengikut piawaian IOF. Peta orienteering dilukis di dalam 6 warna untuk symbol-simbol seperti:

a. hitam ~ ciri buatan manusia dan batu
b. biru ~ ciri-ciri air
c. perang ~ ciri-ciri kontur dan jalanraya
d. putih ~ ciri-ciri keadaan tumbuhan : hutan-berlari
e. hijau ~ ciri-ciri keadaan tumbuhan : hutan-berjalan/redah
f. kuning ~ ciri-ciri keadaan tumbuhan : terbuka

13.5.3 Kontur

• garisan kontur yang terdapat di dalam peta orienteering adalah untuk mengambarkan keadaan rupa bumi iaitu bentuk keadaan tanah yang sebenar. Ini termasuk menunjukkan ketinggian sesuatu tanah tinggi-bukit, gunung dan sebagainya.
• Cara terbaik untuk memahami kontur adalah secara praktikal iaitu dengan membawa peta dan membandingkan keadaan tanah dengan garisan-garisan kontur di atas peta
• Mengetahui beberapa ciri atau keadaan di tanah tinggi di mana ciri-ciri ini digunakan sebagai titik kawalan
• Membantu peserta untuk merncang laluan yang lebih baik dan mengelakkan dari pendakian cerun curam yang tidak perlu
• Jarak antara garisan-garisan kontur menggambarkan keadaan sesuatu cerun tanah tinggi. Garisan yang rapat menggambarkan suatu cerun yang curam dan yang renggang menggambarkan suatu cerun yang landai
• Berikut adalah contoh bentuk-bentuk kontur yang menggambarkan keadaan tanah dan beberapa ciri yang terdapat padanya


a) Susuh bukit (Spur)
• susuh bukit merupakan sebhagian tanah yang menganjur keluar dari sesuatu kawasan tanah tinggi
b) Ceruk (Re-entrant)
• ceruk adalah berlawanan dengan susuh bukit di mana ia adalah tanah yang melengkung ke dalam dari sesuatu kawasan tanah tinggi. Biasanya aliran sungai dari tanah tinggi melalui kawasan ini

c) permatang
• permatang adalah puncak antara dua tebing yang panjang yang menyambungkan beberapa siri bukit atau tanah tinggi

d) Knol
• knol adalah suatu bukit kecil yang boleh di lihat dengan jelas di mana-mana dataran sama ada di kawasan tanah pamah atau tanah tinggi

e) pelana
• pelana adalah lekukan di antara dua knol

14.0 TERMINOLOGI DAN PERALATAN

14.1 Titik kawalan (Control point)
• titik kawalan adalah suatu kedudukan yang telah ditentukan dan perlu dilawati oleh setiap peserta. Kedudukan ini merupakan ciri-ciri tersebut mestilah wujud atau telah dipandu mengikut arahan di dalam aktiviti ini
• Kedudukan ini boleh dikatakan sebagai Titik Pemeriksaaan (Check point) tetapi apa yang menarik ialah kedudukan ia tidak terkawal dan dijaga oleh sesiapa.

14.2 ` Kad kawalan (Control card)
• ia mengandungi maklumat penting iaitu jarak dan arah bearing ‘check point’ seterusnya. Para peserta perlu mencari kad ini yang di sembunyikan di setiap ‘check point’ yang telah ditetapkan
• peserta perlu menghabiskan kesemua ‘check point’ dalam masa yang terpantas. Kumpulan yang mencatatkan masa terpantas akan di kira sebagai pemenang.

14.3 Tanda-tanda di sesuatu ‘point’
• Bendera akan dijadikan sebagai tanda panduan lokasi check point. Ia di perbuat daripada fabrik dan di gantung di atas ‘ triangular boxkite’ yang berbentuk seperti rangka wayar.
• Tiga perempat daripada permukaan kain akan di lukis dengan segitiga berwarna putih di bahagian atas dan segitiga berwarna jingga pula di bahagian bawah.
• Satu atau lebih alat penebuk lubang akan di letakkkan sebelah menyebelah dengan bendera dan kod kawalan. Kod kawalan merupakan salah satu fakta untuk mendapatkan lokasi check point seterusnya.
• Kebanyakkan peserta akan mencatatkan kod kawalan di atas kad kawalan yang di simpan dalam satu kotak. Tujuannya untuk memastikan penebukan lubang di bahagian kad kawalan yang salah tidak akan berlaku semasa berada di sesuatu check point.

15.0 KOMPAS

15.1 PENGENALAN

Kompas adalah sejenis alat yang digunakan untuk menentukan arah seseuatu tempat. Ketepatan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling terutama besi dan magnet. Kompas adalah alat terpenting dalam aktiviti orienteering. Penggunaan kompas orienteering digalakkan dalam aktiviti orienteering. Terdapat pelbagai jenis kompas yang boleh digunakan antaranya ialah kompas prismatik, kompas lensatik dan kompas orienteering atau dikenali dengan kompas silva.


15.2 KOMPAS PRISMATIK

Kompas ini diperbuat daripada tembaga. Badan kompas mempunyai dua lapis penutup kaca dan di bawah sekali adalah compass card. Tanda panduan utara ditandakan dengan bentuk tiga segi yang dicat dengan cat putih yang berkilau. Arah timur, selatan dan barat ditanda dengan huruf. Ukuran bagi kompas ini adalah dalam unit mil.

15.3 KOMPAS SILVA

Kompas ini adalah kompas yang paling sesuai untuk aktiviti orienteering, disebabkan kompas ini memiliki tanda panah penyesuaian yang terdapat pada dasar piring kompas.
Kelebihan kompas silva ialah:-

• Memiliki cermin untuk memudahkan pembacaan dan bidikan
• Dilengkapi dengan garisan (dalam cm dan inci)
• Digunakan untuk mengukur besar sudut peta

15.4 KEGUNAAN KOMPAS
Kompas digunakan untuk:-
• Melaras peta
• Membantu dalam pelayaran
• Menentukan arah
• Membuat peta
• Mengukur jarak di atas peta

15.5 MELARAS KOMPAS DENGAN PETA
Pemadanan masa meupakan antara faktor yang penting dan dipengaruhi oleh kecekapan anda dalam memilih laluan yang terbaik, maka adalah penting untuk mengetahui dan memahirkan diri dengan cara penggunaan kompas yang efektif.

15.5.1 LANGKAH PERTAMA

Letakkan bahagian kompas selari dengan pergerakkan anda di atas peta. Pekara yang perlu diberikan perhatian ialah arah anak panah petunjuk arah sama dengan arah pergerakkan seseorang.

15.5.2 LANGKAH DUA

Tanpa mengerakkan plat tapak kompas, pusingkan perumah kompas sehingga garisan melaras selari dengan garisan utara peta. Arah utara bagi perumah kompas turut selari dengan arah utara peta.

15.5.3 LANGKAH TIGA

Pusingkan badan anda sehingga jarum magnetik selari dengan garisan melaras dan juga utara peta.

15.6 BEARING

15.6.1 CARA MENENTUKAN BEARING
• Arah utara perlu ditentukan terlebih dahulu
• Berdasarkan kad kawalan, dimana terdapat panduan bearing sesuatu check point penentuan bearing check point dapat dilakukan peserta akan menuju ke check point berpandukan arah bearing yang telah ditetapkan.

15.6.2 BACK BEARING
Jika bearing satu kedudukan itu kurang daripada 180° maka perlu ditambah dengan 180°
Contoh:- bearing bagi satu kedudukan ialah 100° maka back bearing
ialah
Back bearing =100° + 180°
=280°
Jika bearing satu kedudukan itu lebih daripada 180° maka perlu ditolak dengan 180°
Contoh :- bearing bagi satu kedudukan yang mempunyai bearing 280°
Back bearing =280°-180°
=100°

15.7 PERKARA-PERKARA YANG PENTING SEMASA MENGGUNAKAN KOMPAS
• Kompas mesti berada dalam keadaan rata supaya jarum magnetik boleh bergerak dengan baik.
• Tentukan arah utara yang sebenar di peta dan pada bentuk muka bumi
• Tentukan benda-benda yang dapat menjadi petunjuk seperti pokok besar untuk memudahkan seseorang mencari sesuatu tempat
• Sentiasa memeriksa bearing kompas
• Selalu pandang sekeliling ketika berjalan dan dapatkan tanda sebagai panduan untuk perjalanan pulang.
• Kompas harus diikat pada badan dan memastikan ianya berada dalam keadaan baik.


15.8 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
• Semasa menjalankan aktiviti orienteering, peserta memakai pakaian yang bersesuaian dan dapat melindungi tubuh daripada mendapat luka.
• Memastikan peti kecemasan mengandungi ubat-ubatan dan keperluan lain mencukupi.
• Membawa peralatan seperti wisel, parang, lampu suluh, nilon untuk tujuan keselamatan dan memudahkan perjalanan.
• Dilarang berehat di bawah pokok yang mempunyai dahan yang reput.
• Jika menjumpai kesan tapak tapak kaki yang mencurigakan atau binatang buas segera meninggalkan tempat tersebut.
• Dilarang tidur di dalam hutan
• Jika sesat, tiup wisel untuk menarik perhatian orang yang berhampiran.
• Jika mengalami kecederaan segera meminta pertolongan daripada orang yang terdekat.
• Jika kompas gagal berfungsi, ini mungkin disebabkan oleh bahan-bahan galian, kabel elektrik atau batu yang mempunyai medan magnetik, peserta harus meninggalkan tempat tersebut dan mencari tempat di mana kompas dapat berfungsi dengan baik.

Wednesday, November 25, 2009

DIET SEIMBANG ELAK STRESS

PEMAKANAN BERASASKAN DIET SEIMBANG

Corak pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada stres. Di samping untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memastikan agar tahap mental dan badan kita sentiasa sihat, amalkan diet atau pemakanan yang seimbang dan berkesan.

Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.


KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL DIET SEIMBANG

1· Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres.
2· Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan. Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan.


LANGKAH PENJAGAAN DIET

1. Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.
2. Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28% kepada 48%.
3. Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10% daripada keseluruhan jumlah tenaga.
4. Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak ‘polyunsaturated’ tidak lebih 10% dan lemak ‘monounsaturated’ pada kadar 10% - 15%.
5. Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg. sehari.


10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRES DAN KEHIDUPAN SIHAT.

1. Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan
Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari.

2. Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.

6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

3. Kurangkan kafein

Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.

4. Kurangkan pengambilan garam.

Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.

5. Kurangkan gula

Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.

6. Berhenti merokok

Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.

7. Berhenti dari pengambilan alkohol

Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkankesimbangan badan dan menghindarkan stres.

8. Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.
Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.

9. Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt

Yogurt mengandungi ‘Lactobacillus acidhophitis’ yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria ‘pathogens’ di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.

10. Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur

Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit.

Guru Sebagai Pemimpin kepada Integrasi ICT dalam KOkurikulum

Integrasi ICT dalam Pelaksanaan P&P kokurikulum merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

KoKurikulum Di SR: Pelatih KPLI disyorkan melaksanakan Kajian Tindakan Semasa Praktikum

Tugasan:
Bagi memenuhi keperluan penilaian dalam bidang kokurikulum , pelajar KPLI di kehendaki melibatkan diri dalam kegiatan koko di sekolah sepanjang latihan mengajar meraka dan menlaksanakan satu kajian tindakan terhadap permasalahan pelaksanaan koko untuk membantu sekolah melaksanakan tindakan penambahbaikan bidang koko di sekolah masing-masing.

PANDUAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


BAHAGIAN 1

1. PENGENALAN

Modul ini disediakan untuk membantu Guru pelatih KPLI dalam usaha menjalankan kajian tindakan di sekolah mereka semasa latihan mengajar/praktikum. Tujuan utama modul ini ialah untuk menyediakan panduan sebelum sesuatu tindakan dapat dirancang atau dikaksanakan. Fokus modul adalah untuk memudahkan pengkaji membuat perancangan dan pelaksanaan kajian tindakan untuk penyelesaian masalah yang mereka dihadapi..

2. OBJEKTIF MODUL

Selepas menggunakan modul ini diharapkan pelatih KPLI IPGM KTB dapat :
· Memahami konsep asas kajian tindakan
· Mengetahui ciri-ciri utama kajian tindakan
· Mengetahui kepentingan kajian tindakan
· Membezakan antara ciri-ciri kajian tindakan dengan ciri-ciri kajian lain (kajian kes, kajian strategi, konvensional, dll)
· Mengetahui kaedah merancang dan melaksanakan kajian tindakan di sekolah semasa praktikum anda.
· Merancang dan menulis kertas cadangan kajian tindakan
· Melaksanakan strategi tindakan
· Menulis pelaporan kajian tindakan

BAHAGIAN 2

KONSEP ASAS KAJIAN TINDAKAN
1. DEFINISI

Mc. Niff (1988), …" Pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan. Melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lai secara kolaboratif sewaktu mengadakan kajian”.

Elliot & Adelman (1976) yang mempelopori kajian tindakan bilik darjah di United Kingdom, menegaskan bahawa kajian tindakan adalah suatu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesional guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.

2. KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

· Suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu amalan perkhidmatan binbingan dan kaunseling melalui perubahan amalan GBKSM.
· Melibatkan proses perkembangan amalan GBKSM yang bersistematik melaui refleki yang membina dan analisis yang kritikal.
· Melibatkan pembinaan teori daripada amalan sebenar. Penekanannya kepada praktik.
· Membudayakan penyelidikan
· Kolaboratif dengan guru-guru lain.
3. CIRI-CIRI UTAMA KAJIAN TINDAKAN

Pelatih dapat :

· Memperbaiki kualiti melalui perubahan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
· Melibatkan proses perkembangan amalan bimbingan dan kaunseling yang sistematik melalui refleksi yang membina
· Merancang strategi tindakan melalui proses analitikal kritikal
· Membina teori serta amalan sebenar dan penekanan kepada praktik.
· Keutamaan dalam memahami dan memperbaiki amalan Latihan praktikum mereka.

4. PERBANDINGAN PNDEKATAN KAJIAN TINDAKAN DENGAN KAJIAN LAIN YANG BERSIFAT KUANTITATIF

Kajian Tindakan


TUJUAN
Memperbaiki amalan pelaksanaan praktikum guru pelatih dan membentuk teori peribadi yang praktis dan kritis dalam amali P&P.
Membuat generalisasi dan menguji teori serta menjelaskan prinsip


REKABENTUK KAJIAN
Boleh diubahsuai berdasarkan situasi sebenar
Ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dijalankan


SUBJEK KAJIAN
Penyelidik adalah sebahagian daripada subjek
Penyelidik bukan subjek kajian. Subjek kajian adalah contoh yang dipilih.


PENGKAEDAHAN
Dilakukan dalam situasi sebenar dan analisis hasil kajian menggunakan teknik dan kaedah deskripsi dan naratif
Nilai penyelidikkan bergantung kepada teknik dan analisis statistik yang canggih.


LAPORAN HASIL KAJIAN
Laporan menggunakan bahasa yang mudah difahami
Laporan bersifat teknikal

5. ETIKA DALAM KAJIAN TINDAKAN

· Bukti atau data yang diperoleh tidak boleh melibatkan pengenalan identiti kecuali dengan kebenaran.
· Hak-hak kerahsiaan terpelihara
· Penerbitan laporan hendaklah mendapat kebenaran ahli jawatankuasa kajian.

BAHAGIAN 3

PROSEDUR PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

1. MENGENALPASTI ISU/MASALAH/SITUASI

Untuk mengenalpasti perkara di atas, GBKSM perlu memusatkan perhatian terhadap perkara-perkara berikut :

· Apakah yang sedang berlaku
· Bagaimanakah sesuatu isu/masalah/ situasi itu wujud
· Apakah yang boleh dilakukan sebagai tindakan GBKSM.
· Menghadkan kajian kepada isu spesifik, tidak rencam.
· Memberi keutamaan berdasarkan persoalan yang mana perlu didahului seiringan dengan kehendak pentadbiran sekolah dalam bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
· Sebaik-baiknya kajian dilakukan secara kolaboratif (kerjasama dengan rakan sekerja)
· Menentukan bidang tindakan kajian dalam bimbingan dan kaunseling:

i. Akademik
ii. Kerjaya
iii. Psikososial dan kesejahteraan mental
iv. Kaunseling / bimbingan
v. Keibubapaan
vi. Pembangunan murid
vii. Pendidikan pencegahan dadah dan rokok
viii. Pendidikanpencegahan HIV / Aids
ix. Pengurusan dan pentadbiran
x. Pengurusan bilik kaunseling

· Pemilihan isu kajian

i. Subjek dalam kawalan penyelidik
ii. Perlu tindakan segera
iii. Belum ditemui jalan penyelesaian dan memerlukan pengkajian
iv. Melibatkan penyelidik dan rakan sejawat
v. Diyakini akan mendatangkan kesan yang baik ekoran kajian tindakan

2. MERANCANG TINDAKAN

· Menyediakan matlamat tindakan
· Menyediakan rasional / sebab-sebab cadangan tindakan
· Contoh senarai tindakan-tindakan yang dicadang :

- Tugas dan tanggungjawab baru
- Aktiviti baru
- Bahan-bahan baru
- Sturktur organisasi baru
- Falsafah dan konsep perubahan
- Penyataan cara-cara pemantauan yang ada
- Penilaian
- Penyataan keperluan yang lain seperti sumber rujukan, kewangan, tenaga, kelengkapan, masa dan sebagainya.
- Bersesuaian dengan teori-teori praktik yang dibina daripada amalan sebenar.

3. MENINJAU DAN MENGUTIP DATA KAJIAN TINDAKAN AWAL

Contoh tinjauan dan kutipan data awal :

· Bahan-bahan dokumentasi seperti buku lawatan bilik B & K, jadual kedatangan, keputusan peperiksaan, latar belakang murid, buku demerit murid dan sebagainya.
· Transkripsi hasil temubual dengan murid dan guru.

4. INSTRUMEN/ALAT UNTUK MENGENAL PASTI MASALAH / ISU

· Pemerhatian

i. Secara langsung tanpa bantuan alatan teknikal
ii. Pemerhatian menggunakan borang dan alat elektronik

· Temubual

Kaedah ini membantu pengkaji mendapatkan maklumat secara mendalam yang boleh dilakukan secara berstruktur dan tidak berstruktur.

· Ujian Kertas Pensil / bertulis

Kaedah ini dirujuk sebagai salah satu mengenalpasti masalah melalui

i. Ujian bulanan
ii. Ujian percubaan
iii. Ujian tahunan
iv. Ujian semester

· Soal selidik

Soal selidik digunakan untuk mengutip data secara formal. Soal selidik yang dibentuk perlulah memenuhi objektif atau soalan kajian yang telah dikenalpasti.

5. MELAKSANAKAN TINDAKAN

Pada peringkat ini, GBKSM atau pengkaji melaksanakan aktiviti mengikut perancangan dan jangkamasa ditentukan.

Contoh : Mempertingkatkan Kecemerlangan Murid

Taklimat :
i. Cermah kesedaran
ii. Bimbingan dan kaunseling kelompok
iii. Pemantauan kehadiran berterusan
iv. Kolaboratif dengan unit disiplin
v. “Sentuhan Kasih Pengetua / Guru Besar” – touching pentadbiran.
vi. Penghargaan (sijil) kerana perubahan positif murid

Pada ketika ini, guru Pelatih perlu membuat pemerhatian, refleksi dan penilaian terhadap setiap aktiviti yang dilaksanakan.


PROSES KERJA KAJIAN TINDAKAN
1. KENALPASTI MASALAH
2. PERANCANGAN
4. PENILAIAN
3. MELAKSANAKAN



BAHAGIAN 4
PANDUAN PENULISAN KERTAS CADANGAN

Bagi menjalankan sesuatu kajian tindakan, GBKSM perlu memahami peringkat dan proses penulisan dalam kajian tindakan seperti dalam carta aliran berikut:

Peringkat Penelitian
Kajian
Peringkat Terakhir
Kajian
PERINGKAT PERMULAAN KAJIAN
Penulisan Dan Pembentangan Kertas Cadangan
Peringkat
Pelaksanaan
Penulisan Dan Pembentangan Kemajuan Kajian
Penulisan Laporan
Kajian
Peringkat Penerbitan
Kajian




FORMAT KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

1. Tajuk kajian
2. Nama Sekolah
3. Kumpulan Penyelidikan
4. Tujuan/Objektif kajian
5. Isu/prihatinan yang dikaji
6. Refleksi masalah
7. Sasaran kajian
8. Cadangan tindakan
9. Cadangan bahan yang diperlukan
10. Jadual pelaksanaan kajian
11. Anggaran perbelanjaan

1. Tajuk Kajian :

Tajuk kajian haruslah berkaitan dengan aspek-aspek yang boleh diselidiki dan diambil tindakan.

2. Nama Sekolah :

Nyatakan nama sekolah tempat kajian dijalankan.

3. Kumpulan Penyelidik :

Catatkan nama GBKSM dan penyelidik yang terlibat.

4. Tujuan / Objektif Kajian :

Tujuan utama Kajian Tindakan adalah untuk

· Mengubah amalan GBKSM ke arah pendekatan yang lebih baik.
· Membantu pihak lain mengetahui dan mengenalpasti amalan dalam proses kaunseling.
· Memahami situasi bimbingan dan kaunseling.

Nyatakan secara spesifik tujuan / objektif kajian yang ingin dicapai.

5. Isu / keprihatinan yang dikaji :

Kenyataan atau keterangan yang menjelaskan keadaan sebenar masalah yang dikaji. Penyataan boleh dijelaskan dalam pelabagai bentuk misalanya:

· Penyataan masalah : contoh – GBKSM mengalamai kesulitan dalam usaha meningkatkan motivasi murid Tingkatan 3.
· Bentuk keprihatinan : contoh – GBKSM memberi perhatian tentang isu buli di asrama
· Bentuk soalan : contoh – apakah yang dilakukan GBKSM untuk mengatasi masalah ponteng kelas?

6. Refleksi masalah :

Huraian tentang maklumbalas kepada masalah yang dikaji.

7. Sasaran kajian :

Menentukan subjek yang dikaji secara berfokus.

8. Tindakan yang dicadangkan :

Huraikan bagaimana melaksanakan perancangan serta kekangan yang dihadapi.

9. Bahan yang dicadangkan :

Nyatakan segala bahan, instrumen dan rujukan yang digunakan

· Contoh peralatan – labtop, LCD, pencetak, kertas A4, dsb.
· Contoh instrumen – soal selidik, soalan ujian dsb.
· Contoh rujukan – buku-buku atau sumber rujukan lain.

10. Jadual pelaksanaan kajian :

Jadual pelaksanaan kajian perlu dirangka supaya kajian dapat dijalankan secara sistematik dan menepati jangkamasa yang ditetapka.

Contoh pelaksanaan kajian :

Perkara
Tarikh
Catatan
Mesyuarat Jawatankuasa
Penulisan Kertas Cadangan
Mesyuarat Pembentukan Ujian Pra /post
Pelaksanaan Ujian Pra
Memproses Data Ujian Pra
Mesyuarat Perancangan Untuk Temubual Dan Pemerhatian
Ikut keperluan
Analisis data ujian pra, temubual dan pemehatian
Mesyuarat perancangan untuk teknik rawatan
Pelaksanaan teknik rawatan

Pelaksanaan Ujian Pos
Refleksi
Penulisan Laporan Kajian

Pemurnian Laporan


11. Anggaran perbelanjaan kajian :

BAHAGIAN 5

PANDUAN PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN

GBKSM dapat mengemukakan pengetahuan atau maklumat yang diperolehi daripada kajian melalui penulisan laporan. Maklumbalas dan komen-komen mengenai dapatan kajian membolehkan refleksi kendiri dilaksanakan. Bagaimanapun, terdapat berbagai cara atau gaya penulisan laporan kajian tindakan. Di sini dikemukakan satu cadangan.

FORMAT MENULIS LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

1. Tajuk
2. Penghargaan
3. Abstrak
4. Isi kandungan
5. Latar belakang kajian
6. Pernyataan masalah
7. Metodologi kajian
8. Tinjauan alat / instrumen kajian
9. Perancangan tindakan
10. Pelaksanaan Perancangan Tindakan
11. Refleksi
12. Kesimpulan
13. Bahan-bahan atau buku rujukan
14. Lampiran.


1. Tajuk

Pada muka surat pertama laporan tulis tajuk kajian, nama atau nama-nama penyelidik dan tarikh selesai ditulis. Tajuk mesti tepat, ringkas dan menepati kajian yang dilaksanakan.

Contoh :

i. Meningkatkan jumlah kehadiran murid ke sekolah (di satu kelas pilihan) – “Jom, ke sekolah ….”
ii. Meningkatkan jumlah klien sukarela ke bilik bimbingan dan kaunseling.
iii. Meningkatkan rasa hormat menghormati dalam kalangan murid.
2. Penghargaan

Penghargaan hendaklah diberikan kepada semua pihak yang membantu melaksanakan kajian atau menyiapkan laporan.

3. Abstrak

Dalam abstrak, terangkan tujuan kajian, kaedah dan dapatan kajian.

4. Isi kandungan

Senaraikan isi kandungan dan muka surat bagi pecahan tajuk.

5. Latar belakang kajian

Terangkan latar belakang kajian seperti sejarah, isu, perkembangan dan sebagainya.

6. Pernyataan masalah

Huraikan masalah sebenar yang ingin dikaji beserta dengan sokongan daripada kenyataan-kenyataan, penulisan, data dan sebagainya.

7. Metodologi kajian

Huraikan reka bentuk kajian, sasaran kajian, batasan kajian, alat kajian serta jenis penganalisisan kajian. Etika kajian juga boleh dimuatkan.

8. Tinjauan alat / instrumen kajian

Huraikan bagaimana anda melakukan tinjauan. Huraian ini mengandungi aspek-aspek berikut :

i. Jenis instrumenuntuk proses tinjauan
ii. Huraian dapatan daripada tinjauan
iii. Analisis dapatan daripada tinjauan
iv. Teori yang dibentuk daripada tinjauan yang dilakukan
v. Nyatakan persoalan yang diberi keutamaan fokus untuk diperbaiki

9. Perancangan tindakan

Huraikan perancangan yang ingin dilaksanakan. Perancangan anda mungkin dalam bentuk kaedah baru, modul, aktiviti dan sebagainya. Perancangan anda perlu bersesuaian dengan dapatan dari tinjauan dan teori yang anda bentuk.

10. Pelaksanaan Perancangan Tindakan

Huraikan bagaimana anda melaksanakan perancangan serta kekangan yang dihadapi.




11. Refleksi
Huraikan bagaimana anda melakukan refleksi dan apakah maklumbalas yang diterima daripada proses renungan ini.

12. Kesimpulan
Buat kesimpulan ringkas dan rancangan untuk proses gelungan berikutnya.

13. Bahan-bahan atau buku rujukan
Nyatakan segala bahan rujukan yang telah digunakan.

14. Lampiran.
Sertakan pada penghujung laporan segala bahan yang digunakan dalam kajian sebagai lampiran kajian.

SUMBER
(Dipetik dari buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling Di Sekolah Menengah Dan Rendah) – Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM
JAWATANKUASA MAJLIS KOKURIKULUM
IPG Kampus TUANKU BAINUN
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
PENASIHAT : Pengarah
PENGERUSI : Timbalan Pengarah
SETIAUSAHA : KUK
AHLI : 1. Penyelaras Unit Beruniform
2. Penyelaras Kelab/Persatuan
3. Penyelaras Sukan Permainan
4. Pensyarah Kanan Kokurikulum/Jurulatih DG52
5. Ketua-Ketua Pensyarah Penasihat bagi semua bidang kokurikulum.

BIDANG TUGAS

1. Merancang dan memantau program/aktiviti kokurikulum institut mengikut semester/tahun
berdasarkan penilaian program sebelumnya.
2. Merancang anggaran perbelanjaan tahunan
3. Meluluskan program/aktiviti kokurikulum yang akan diadakan pada setiasp semester/tahun.
4. Melaksanakan pembahagian tugas kokurikulum kepada setiap pensyarah
5. Memastikan jadual aktiviti dan sukatan kokurikulum diperolehi, dipatuhi dan dilaksanakan mengikut
jadual
6. Memastikan ujian bertulis/penilaian amali/peperiksaan kokurikulum berjalan mengikut jadual atau
prosedur yang ditetapkan.
7. Mengumpul dan Mengurus semua markah kokurikulum dari pensyarah penasihat untuk diserahkan
kepada kepada unit peperiksaan mengikut jadual.
8. Mengadakan mesyarat penyelarasan sekurang-kurangnya 2 kali pada setiap semester.
9. Menyediakan laporan Tahunan pada setiap akhir tahun


JAWATAN KUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

PENASIHAT : Timbalan Pengarah
PENGERUSI/PENGURUS : KUK
SETIAUSAHA : Pensyarah Unit Koko yang dilantik
JAWATANKUASA :
1. Pensyarah kanan Kokurikulum/Jurulatih DG52
2.. Penyelaras Unit Beruniform
3. Penyelaras Kelab/Persatuan
4. Penyelaras Sukan/Permainan
5. Ketua Pensyarah Penasihat setiap bidang
6. Pensyarah Penasihat/Pemimpin/Jurulatih bagi setiap bidang